2. PIHL 4012 - PUBLIC HEALTH LAW
Year 1 Semester I

PIHL 4012 - PUBLIC HEALTH LAW 

Description

The Public Health Law (PIHL 4012) course provides a comprehensive overview of the legal framework governing public health administration in Malaysia. The scope of study encompasses the nation's legal history, the law-making process at various levels of government, court hierarchy and jurisdiction, as well as the structure of legal texts. Additionally, the course places special emphasis on the application and enforcement of key public health legislation, including the Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 (Act 154), Food Act 1983 (Act 281), Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342), and the Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 (Act 852), along with their relevant regulations. Combining legal theory, problem-solving skills, and practical exposure through educational visits, the course equips students to interpret legislation, execute enforcement procedures, and collaborate effectively with professionals in the field of public health law. 

Penerangan

Kursus Undang-Undang Kesihatan Awam (PIHL 4012) ini menyediakan pemahaman menyeluruh mengenai rangka kerja perundangan yang mengawal pentadbiran kesihatan awam di Malaysia. Skop pengajian ini merangkumi liputan sejarah perundangan negara, proses penggubalan undang-undang di pelbagai peringkat kerajaan, hierarki serta bidang kuasa mahkamah, dan struktur teks undang-undang. Selain itu, kursus ini memberi penekanan khusus kepada pelaksanaan dan penguatkuasaan akta-akta utama kesihatan awam seperti Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154), Akta Makanan 1983 (Akta 281), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Menular 1988 (Akta 342), serta Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama peraturan-peraturan berkaitan. Melalui gabungan teori perundangan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan pendedahan praktikal melalui lawatan sambil belajar, para pelajar dibekalkan dengan keupayaan untuk mentafsir perundangan, mengaplikasikan prosedur penguatkuasaan, dan bekerjasama secara profesional dalam bidang perundangan kesihatan awam.

3. PIIL 4023 - INTELLIGENCE
Year 1 Semester I

PIIL 4023 - INTELLIGENCE 

Overall Description

The Intelligence course (PIIL 4023) provides an advanced overview of intelligence techniques and their practical applications in enforcing public health laws in Malaysia. The scope of study encompasses fundamental intelligence concepts and theories, the role of data and analytics in public health enforcement, and various intelligence modalities including Human Intelligence (HUMINT), casing, digital intelligence, and overt or covert approaches. Furthermore, the course focuses on structured information collection methodologies, such as case profiling, surveillance, utilization of specialized equipment, the involvement of agent provocateurs, and whistleblower frameworks. Through practical training, the course equips students to analyze intelligence findings, compile evidence-based intelligence reports for investigation and prosecution, and navigate ethical considerations, confidentiality, and risk assessments within the public health legal system. 

Penerangan

Kursus Perisikan (Intelligence - PIIL 4023) ini memberikan pendedahan mendalam mengenai teknik dan aplikasi perisikan lanjutan dalam menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam di Malaysia. Skop pengajian ini merangkumi konsep dan teori perisikan, peranan data serta analitik dalam kesihatan awam, serta pelbagai jenis perisikan seperti perisikan manusia (HUMINT), casing, perisikan digital, dan pendekatan secara terbuka (overt) mahupun tersembunyi (covert). Selain itu, kursus ini memberi penekanan khusus kepada metodologi pengumpulan maklumat merangkumi pemprofilan kes, pengawasan (surveillance), penggunaan peralatan khas, peranan agent provocateur, serta perlindungan pemberi maklumat (whistleblower). Para pelajar dibekalkan dengan kemahiran praktikal untuk menganalisis dapatan perisikan, menyediakan laporan perisikan berasaskan bukti untuk penyiasatan dan pendakwaan, serta menguruskan cabaran etika, kerahsiaan, dan penilaian risiko selaras dengan peruntukan undang-undang kesihatan awam.

4. PIIV 4034 - INVESTIGATION
Year 1 Semester I

PIIV 4034 - INVESTIGATION 

Overall Description

The Investigation course (PIIV 4034) provides comprehensive training on advanced investigative techniques and procedures required for enforcing public health laws in Malaysia. The curriculum covers the fundamental principles of criminal investigation, the classification of offenses under the Criminal Procedure Code (Act 593) and specific public health statutes, as well as the application of the Evidence Act 1950 (Act 56) regarding relevance and admissibility of evidence. Furthermore, the course focuses on legal procedures for arrest, search, seizure, and forfeiture, systematic exhibit management to preserve the chain of custody, and practical skills in recording statements under Section 112 of the Criminal Procedure Code. Through practical exercises, simulations, and case report preparation, students gain the competency to execute quality investigations, resolve legal and ethical challenges, and effectively communicate investigative findings through oral presentations and formal written reports. 

Penerangan

Kursus Penyiasatan (Investigation - PIIV 4034) menyediakan pendedahan mendalam mengenai teknik dan prosedur penyiasatan lanjutan dalam menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam di Malaysia. Skop pengajian ini merangkumi prinsip-prinsip asas penyiasatan jenayah, pengelasan kesalahan mengikut Kanun Tatacara Jenayah (Kanun 593) dan undang-undang kesihatan awam, serta pemakaian Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dalam menentukan relevansi dan kebolehterimaan bukti. Selain itu, kursus ini memberi penekanan khusus kepada tatacara tangkapan, penggeledahan, penyitaan, dan pelupusan barang kes, pengurusan bahan bukti secara sistematik untuk mengekalkan rantaian pemeliharaan (chain of custody), serta kemahiran merakam kenyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Melalui latihan praktikal, simulasi, dan penulisan kertas siasatan, para pelajar dibekalkan dengan keupayaan untuk melaksanakan siasatan yang berkualiti, menangani cabaran perundangan dan etika, serta menyampaikan dapatan siasatan secara berkesan menerusi pembentangan oral dan laporan bertulis.

5. PIFP 4054 - FIELD PRACTICE I : INTELLIGENCE
Year 1 Semester I

PIFP 4054 - FIELD PRACTICE I: INTELLIGENCE


Overall Description

The Field Practice I: Intelligence course (PIFP 4054) provides hands-on, practical field experience in applying intelligence principles and preparing structured intelligence reports for strategic public health law enforcement operations. The scope of study encompasses structured information collection methodologies—including preliminary site surveys (casing), surveillance, and interviews/elicitation—to detect offences under key public health legislation such as the Food Act 1983 (Act 281), Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 (Act 852), Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 (Act 154), and Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342). Additionally, the course emphasizes leveraging digital technology and online platforms to gather and analyze intelligence data, preparing intelligence reports using the Admiralty Grading System (A-F), fostering collaborative teamwork, and upholding high standards of professional ethics, source confidentiality, and operational integrity. 

Penerangan

Kursus Latihan Lapangan I: Perisikan (Field Practice I: Intelligence - PIFP 4054) menyediakan latihan amali dan pengalaman praktikal secara langsung di lapangan bagi mengaplikasikan prinsip-prinsip perisikan serta penyediaan laporan perisikan untuk aktiviti operasi strategik penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam. Skop pengajian ini merangkumi pelbagai kaedah pengumpulan maklumat seperti tinjauan awal tapak (casing), pengawasan (surveillance), serta sesi temubual atau penjimakan (elicitation) bagi mengesan pelanggaran di bawah undang-undang utama seperti Akta Makanan 1983 (Akta 281), Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154), dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Menular 1988 (Akta 342). Selain itu, kursus ini memberi penekanan khusus kepada penggunaan teknologi digital dan platform dalam talian untuk menyokong analisis perisikan, penyediaan laporan perisikan berpandukan Sistem Admiralty (Gred A-F), kerjasama pasukan, serta pematuhan tinggi terhadap etika profesional, kerahsiaan sumber, dan Akauntabiliti di lapangan.

6. PIFP 4066 - FIELD PRACTICE II : INVESTIGATION
Year 1 Semester I

PIFP 4066 - FIELD PRACTICE II: INVESTIGATION 

Overall Description

The Field Practice II: Investigation course (PIFP 4066) provides advanced practical training and hands-on field experience in executing investigation procedures required to enforce public health laws in Malaysia. The scope of study encompasses direct involvement in enforcement operations across key legislation—including the Food Act 1983 (Act 281), Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 (Act 154), Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 (Act 852), and Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342)—covering complaint management, raids, arrests, searches, sampling, seizures, forfeitures, premises closures, and recording witness statements under Section 112 of the Criminal Procedure Code. Furthermore, the course places special emphasis on the compilation of comprehensive Investigation Papers (IP) to request prosecution consent from the Deputy Public Prosecutor (DPP), court case registration and trial proceedings, collaborative teamwork, and strict adherence to professional ethics, procedural fairness, and due process during field investigations. 

Penerangan

Kursus Latihan Lapangan II: Penyiasatan (Field Practice II: Investigation - PIFP 4066) menyediakan pendedahan praktikal amali dan pengalaman kerja lapangan secara mendalam mengenai prosedur penyiasatan lanjutan bagi menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam di Malaysia. Skop pengajian ini merangkumi penglibatan secara terus dalam operasi penguatkuasaan bagi pelbagai akta kesihatan awam—seperti Akta Makanan 1983 (Akta 281), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154), Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Menular 1988 (Akta 342)—yang merangkumi pengendalian aduan, serbuan, tangkapan, penggeledahan, persampelan, penyitaan, pelupusan, penutupan premis, serta merakam kenyataan saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Selain itu, kursus ini memberi penekanan khusus kepada penyediaan Kertas Siasatan (Investigation Paper) yang lengkap untuk memohon keizinan mendakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), pendaftaran kes dan tatacara prosiding di mahkamah, kerjasama berpasukan, serta pematuhan ketat terhadap etika profesional, keadilan prosedur, dan akauntabiliti semasa menjalankan tugas penyiasatan di lapangan.

SEMESTER I - ADPI FIELD PRACTICE RECORD BOOK
Year 1 Semester I

SEMESTER 1 - ADPI FIELD PRACTICE RECORD BOOK 

Overall Description

The Field Practice Record Book (Semester I) for the Advanced Diploma in Health Law Investigation and Prosecution (ADPI 436/007) serves as an official instrument to monitor, record, and evaluate trainees' progress and practical competency achievements during their field placements. The record book encompasses two primary field modules: Field Practice I: Intelligence (PIFP 4054) and Field Practice II: Investigation (PIFP 4066), requiring trainees to achieve 100% completion of stipulated core procedures, including intelligence surveillance, raids, arrests, searches, sampling, and report compilation across various public health laws. Practical performance is evaluated through continuous assessment (40%) and final assessment (60%) by academic staff, trainers, local preceptors, or clinical specialists using a 5-point Competency Assessment Scale (0 to 4) to ensure trainees demonstrate complete mastery of core knowledge, technical skills, and professional ethics prior to course verification and completion. 

Penerangan

Buku Rekod Latihan Lapangan (Semester I) bagi Diploma Lanjutan Siasatan dan Pendakwaan Undang-Undang Kesihatan (ADPI 436/007) ini berfungsi sebagai instrumen rasmi untuk memantau, merekod, dan menilai kemajuan serta pencapaian kemahiran praktikal para pelatih sepanjang penempatan lapangan. Dokumen ini merangkumi dua komponen utama latihan lapangan, iaitu Latihan Lapangan I: Perisikan (PIFP 4054) dan Latihan Lapangan II: Penyiasatan (PIFP 4066), di mana para pelatih diwajibkan menyempurnakan 100% prosedur teras yang ditetapkan merangkumi pengawasan perisikan, serbuan, tangkapan, penggeledahan, persampelan, dan penyediaan laporan bagi pelbagai perundangan kesihatan awam. Penilaian kemahiran praktikal ini dilaksanakan secara berterusan (40%) dan penilaian akhir (60%) oleh tenaga pengajar, preseptor tempatan, atau pakar klinikal berdasarkan Skala Penilaian Kompetensi (skala 0 hingga 4) bagi memastikan pelatih menguasai domain pengetahuan, kemahiran teknikal, serta etika dan profesionalisme sebelum pengesahan tamat latihan diberikan.